Ahmad Tamar

Ahmad Tamar merupakan satu brand yang tidak asing lagi. Bila bulan puasa kita dapat dengan iklan Ahmad Tamar berkumandang di radio sebelum masuk waktu berbuka puasa di Sarawak tidak klishe macam iklan kurma berbisik Ahmad Tamar membawakan angin perubahan dengan iklan kurma yang lebih berani dan fresh.

Kurma yang paling saya suka makan ialah Ajwa sebab ia adalah Kurma kegemaran Nabi kita.

“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Oleh sebab ini Kurma Ajwa juga merupakan kurma yang paling mendapat permintaan tinggi dan mahal. Walaupun mahal, kurma jenis Ajwa sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Ahmad Tamar merupakan antara penaja Kuching FC, ini sekaligus meletakkan jenama mereka dibaju jersi Kuching FC setiap kali perlawanan bola sepak.

Percaya atau tidak pengasas jenama Ahmad Tamar ini iaitu Syed Hamdi baru berumur 20an ya betul baru 20an tapi dah berjaya luar biasa siap ada kilang sendiri lagi dah. Bila ditanya apa rasa bila berjaya masa muda. Jawapan beliau cukup simple “Alhamdulillah rezeki dari Allah” kata beliau.

Saya difahamkan oleh Syed Hamdi bahawa jualan Ahmad Tamar pada tahun 2020 walaupun ketika pandemik melanda ialah sebanyak 35 tan kurma di seluruh Malaysia! Luar biasa anak muda ini. Ketika pandemik pun boleh buat sales kaw kaw!

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram

Ahmad Tamar

Ahmad Tamar merupakan satu brand yang tidak asing lagi. Bila bulan puasa kita dapat dengan iklan Ahmad Tamar berkumandang di radio sebelum masuk waktu berbuka

Read More »

Gigit Rangup Cookies

Gigit Rangup Cookies atau lebih dikenali sebagai GRC merupakan brand yang tidak asing lagi di Sarawak. Bila sebut je GRC terbayang akan kesedapan mengunyah biskut

Read More »

SarawakBlog.Com © All rights reserved 2021

Back to top button
error: Content is protected !!