Sering dengar Upacara Buang Peraja? Ini jawapan yang lengkap terhadap apa itu “Membuang peraja” atau “Membuang ancak”
Upacara buang peraja ini cukup ringkas sebenarnya iaitu perlu buang rokok apong, sirih & paku ke tempat air yang mengalir atau sungai.
Jadi lokasi atas Jambatan Satok, Jambatan Santubong dan Tebingan Kuching merupakan tempat popular bagi pengantin baru untuk “upacara buang peraja”
Upacara buang peraja itini ialah upacara untuk “memutuskan” atau “buang” saka ke atas pengantin “sekiranya ada”.
Kita pun tahu di area nusantara terdapat pelbagai benda mistik yang disimpan dan diturunkan dari zaman dahulu lagi.
Kita jua x tahu apa perjanjian serta amalan orang tua atok moyang kita dahulu dengan alam ghaib.
Jadi sebaiknya “buang peraja” ialah cara bagi memisahkan sekiranya ada “ikatan” dengan alam mistik tersebut. Wallahualam