Eco Mall Samariang Petra Jaya Di Kuching Sarawak Kini Dibuka!

Eco Mall Samariang Petra Jaya Di Kuching Sarawak Kini Dibuka pada 29 Januari 2021. Ya bijak pemilihan tarikh pembukaan selepas orang ramai dapat gaji. Ramai orang berbaris ketika pembukaannya untuk mendapatkan harga yang istimewa dan terbaik dari ladang.

Di Eco Mall Samariang di tingkat atas juga terdapat H&L Xtra & Eco Shop dimana ia mengantikan tempat Giant dahulu. Boleh dikatakan besar H&L Xtra ialah 2/3 manakala Eco Shop 1/3 daripada besar Giant dahulu.

Disini juga terdapat pelbagai pilihan makanan yang anda boleh dapati antaranya yang menjadi kegemaran saya sejak Giant dahulu iaitu Briyani Topo.

Antara kedai makanan terdapat dibawah ialah Taka Cake House, IG Ice Cream, Singapore Chicken Rice, Potato Story dan banyak lagi yang belum dibuka sepenuhnya. ( Mungkin akan dibuka dalam masa terdekat sebab tengah renovation)

Pada tarikh pembukaan 29 januari 2021 ini juga dapat dilihat kedai Secret Recipe & KFC sejak dari Giant dahulu masih wujud, tapi masih belum dibuka. Tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dibuka atau tidak kelak.

Tapi harus diingatkan agar berhati2 ketika membeli serta menjaga penjarakan fizikal kerana musim pandemik ini lagi-lagi di Kuching Sarawak masih dalam zon merah ketika ini. Apa-apa pun selamat bershopping!

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram

Ahmad Tamar

Ahmad Tamar merupakan satu brand yang tidak asing lagi. Bila bulan puasa kita dapat dengan iklan Ahmad Tamar berkumandang di radio sebelum masuk waktu berbuka

Read More »

Gigit Rangup Cookies

Gigit Rangup Cookies atau lebih dikenali sebagai GRC merupakan brand yang tidak asing lagi di Sarawak. Bila sebut je GRC terbayang akan kesedapan mengunyah biskut

Read More »

SarawakBlog.Com © All rights reserved 2021

Back to top button
error: Content is protected !!