Muzium Kucing di Kuching Sarawak

Muzium Kucing yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Ia merupakan ilham daripada bekas Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan isterinya Laila Taib.

Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah.

Keluasan Muzium Kucing ini ialah sebesar 1,035.0 meter per segi yang menempatkan 4 galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain.

MASA LAWATAN

Isnin – Ahad : 9.00am – 5.00pm (Kecuali Cuti Umum)

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram

Ahmad Tamar

Ahmad Tamar merupakan satu brand yang tidak asing lagi. Bila bulan puasa kita dapat dengan iklan Ahmad Tamar berkumandang di radio sebelum masuk waktu berbuka

Read More »

Gigit Rangup Cookies

Gigit Rangup Cookies atau lebih dikenali sebagai GRC merupakan brand yang tidak asing lagi di Sarawak. Bila sebut je GRC terbayang akan kesedapan mengunyah biskut

Read More »

SarawakBlog.Com © All rights reserved 2021

Back to top button
error: Content is protected !!