Pantai Tusan Miri Sarawak tidak jauh dari Bekenu Miri Sarawak. Perjalanan untuk sampai kesini cuma mengambil masa kira-kira dalam 40 minit perjalanan dari Bandar Miri.
Terkenal dengan struktur semula jadi yang seakan-akan Kepala Kuda atau “The Horse Head” sedang minum air laut.
Pantai Tusan Miri juga menjadi tempat perhatian para pengunjung dan juga terdapat aktiviti bermain layang2 di sekitar pantai berkenaan.
Pantai Tusan/Tusan Beach ini terkenal dengan fenomena “Air Mata Biru” pada waktu malam.