Pengalaman Menginap Di UCSI Hotel Kuching

Saya berkesempatan untuk bercuti ke UCSI Hotel dan sungguh menakjubkan dan canggih, itu adalah ayat yang boleh saya simpulkan untuk Hotel ini.

Di dalam hotel ini terdapat satu air terjun yang cukup indah di hadapan kaunter receptionist. suasana apabila anda masuk dan menunggu untuk check-in ke dalam hotel ini sungguh menenangkan.

Dengan mendengar deruan air terjun yang mengalir dari atas hingga ke bawah apabila anda ingin check in sudah cukup membuatkan anda rasa teruja untuk masuk ke dalam bilik hotel pula.

Terus terang saya katakan bahawa saya cukup kagum dengan pemandangan ketika pertama kali kaki saya melangkah di kolam renang di hotel ini.

Pemandangan dari kolam renang di hotel ini cukup indah di mana ya membelakangi Sungai Sarawak dan berlatar belakangkan Gunung Santubong.

Ketika saya mandi di kolam ini juga saya cukup bertuah kerana pada ketika itu adalah waktu matahari terbenam.

Waktu matahari terbenam merupakan waktu yang anda patut ambil gambar ketika anda berada di kolam renang di hotel ini kerana gambar yang terhasil daripada lensa kamera anda cukup cukup indah.

Dari sudut makanannya pula bagi saya tidak perlu diragui lagi kerana ia telah mendapat Sijil Halal.

Saya pasti akan ke sini lagi nanti.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram

Ahmad Tamar

Ahmad Tamar merupakan satu brand yang tidak asing lagi. Bila bulan puasa kita dapat dengan iklan Ahmad Tamar berkumandang di radio sebelum masuk waktu berbuka

Read More »

Gigit Rangup Cookies

Gigit Rangup Cookies atau lebih dikenali sebagai GRC merupakan brand yang tidak asing lagi di Sarawak. Bila sebut je GRC terbayang akan kesedapan mengunyah biskut

Read More »

SarawakBlog.Com © All rights reserved 2021

Back to top button
error: Content is protected !!