Terdapat pelbagai jenis cerita Lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Namun cerita yang paling kerap bermain di bibir rakyat ialah versi ini. Ini adalah cerita rakyat ataupun sastera negeri Sarawak yang kerap bermain di bibir ke bibir rakyat dan serta ia diperturunkan dari generasi terdahulu kepada generasi seterusnya kerana ada terselit Pengajaran dalam kisah mereka berdua ini.
Selain itu cerita ini ada terselit sejarah tentang perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Namun kerana cerita ini adalah merupakan cerita dari turun-temurun yang diceritakan dari nenek kepada cucu kepada ibu bapa jadi jalan ceritanya telah sedikit sebanyak berubah dari masa ke semasa kerana kemungkinan ada pertambahan cerita bagi menyedapkan cerita.
Menurut Lagenda dahulu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah anak dewa yang turun dari kayangan bagi melaksanakan tugas sebagai penjaga gunung di Sarawak.
Namun seperti mana adik-beradik yang lain juga tidak semestinya setiap hari mereka bergembira ada juga dikala hari mereka berduka. hari itu telah tiba di mana mereka bergaduh kerana berebutkan Putra Serapi yang ingin melihat kecantikan dan kehebatan Puteri Gunung Santubong dan Puteri Gunung Sejinjang.
Hal ini telah menyebabkan Puteri Gunung Santubong dan Puteri Gunung Sejinjang telah bergaduh sesama sendiri sehingga tumpas kedua-duanya. Padahal mereka berdua telah bersumpah bahawa tidak akan bergaduh sesama sendiri.
Tapi nasi telah bertukar menjadi bubur di mana Puteri Sejinjang telah memukul Puteri Santubong lalu Puteri Santubong membalas dengan memukul menggunakan batang belida lalu Puteri Sejinjang bertukar menjadi Pulau kera dan Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong.
Begitulah pengajaran yang boleh kita lihat iaitu janganlah kerana orang lain adik-beradik boleh bergaduh dan jangan sesekali memutuskan tali persaudaraan sesama keluarga kerana kita tidak tahu apa yang akan boleh berlaku akibat perbuatan tangan kita sendiri.