Stanley Kho yang hilang di hutan Gunung Singai Bau sejak 6 hari lalu ditemui selamat pagi tadi.
BACA : Stanley Kho Disembunyi Oleh Puteri Bunian? “Perempuan Cantik Beri Bunga & Saya Ikut”
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa dijumpai pada jarsk 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).
“Namun, laluan dari PKB ke lokasi mangsa perlu mendaki dengan kecuraman 80 darjah.
“Setakat ini, usaha membawa turun mangsa sedang giat dijalankan,”
Pada pukul 8.10 pagi, beberapa penduduk kampung terdengar orang meminta tolong dan mereka terus memanggil pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bagi mendapatkan bantuan.
Dalam kejadian Isnin lalu, Stanley Kho mula mendaki gunung itu secara bersendirian sebelum dilaporkan hilang pada pukul 8.30 pagi Selasa lepas.
Kehilangan Stanley Kho disedari rakan-rakannya yang ternampak kereta Stanley Kho di kaki gunung berkenaan.
Stanley Kho juga sempat menghubungi rakannya menerusi aplikasi Wechat pukul 10.05 pagi Isnin lalu.