
Bermula dengan modal RM800 kini Anas Popcorn bergelar Usahawan Popcorn Sarawak Berjaya!
Anas Popcorn merupakan brand yang tidak asing lagi di Sarawak. Semua bermula dengan anak Kawi Li iaitu founder kepada Anas Popcorn sangat berminat untuk makan Popcorn bila jalan-jalan ke Samarahan. Disitu timbul idea untuk membuat Anas Popcorn.
Kawi Li belajar untuk membuat Popcorn sendiri dan disitu lahirnya sebuah jenama “Anas Popcorn”. Pada mulanya jualan memang amat memberangsangkan. Kawi Li setiap kali ada event pasti beliau dan team akan pergi. Dan setiap event mampu memperolehi RM1000 – RM1500 daripada satu food truck beliau. Dan Kawi Li ada lebih kurang 4 food truck ketika itu. Jualan seminggu boleh capai sehingga RM10,000 ke RM15,000.
Pesta Benak di Sri Aman ialah titik permulaan Kawi Li menjual Anas Popcorn bersama team beliau. Semua tshirt, cap, lankyard jenama “Anas Popcorn” bagi menguatkan lagi jenama beliau diingatan para pelanggan.
Kejayaan Anas Popcorn ini bermula dengan modal cuma RM800 sahaja sehingga kini dah berjaya menjana jualan jutaan ringgit. Setiap kali musim ramadhan bila sebelum berbuka pasti kita akan dengar iklan lagu Anas Popcorn. Sehingga melekat lagu Anas Popcorn di hawa telinga.
Namun kejayaan demi kejayaan Anas Popcorn ini tidak tercapai dengan mudah, banyak sebenarnya bisnes yang telah dicuba oleh Kawi Li sebelum berjaya antaranya dengan jual kosmetik. Untung memang ada cuma tiada masa untuk keluarga dan itu membuatkan beliau buat keputusan untuk cari bisnes yang beliau ada masa untuk keluarganya dan tertubuhnya Anas Popcorn.
Yang menariknya Anas Popcorn ini ialah mereka melatih pekerja dari zero to hero. Semua para pekerja Anas Popcorn multitasking, sebagai contoh pekerja di dapur juga boleh membuat copywriting dan design sekira diperlukan apabila designer cuti atau copywriter cuti. Ini betul-betul membuka mata saya kepentingan melatih staff supaya kita ada backup plan jika apa-apa berlaku di kemudian hari.
Pada petenggahan bulan Jun 2017 Anas Popcorn membeli beberapa FoodTruck yang dikenali sebagai Anas 1, Anas 2, Anas 3 dan Anas 4. Jumlah pekerja pada masa itu seramai 8 orang.
Pada September 2018, Anas Popcorn membuka kedai dinamakan “Anas Shop” di sekitar taman Sri tuang, kota samarahan. Jualan di Anas shop memberangsangkan dan mempunyai 10 orang team pada masa itu.
Pada petenggahan tahun 2019, Anas Popcorn mula menggunakan sistem ejen dan pada masa itu hanya 2 orang ejen sahaja pada mulanya sehinggalah berkembang ramai kini. Selain itu, Anas Popcorn membuat consignment popcorn kepada lebih kurang 50 buah kedai.
Pada awal bulan 3 Tahun 2020, Anas Popcorn mula menggunakan sistem stokis. Pada permulaan 2 orang stokis yang terlibat dan akhirnya sehingga kini stokis semakin bertambah seramai 10 orang.
Antara lokasi stokis Anas Popcorn ialah miri, bintulu, sibu Sarikei, kuching, samarahan dan Sri Aman. Selain itu, bilangan ejen juga semakin bertambah seramai 500 orang. Anas Popcorn mempunyai tenaga 15 orang pekerja.
Jualan Anas Popcorn kini melebihi RM100,000 sebulan dan kini bergiat aktif memainkan peranan penting dalam strategi pemasaran supaya menjadi popcorn terkenal di Asia.
Syabas diucapkan kepada Kawi Li dan Anas Popcorn! Kejayaan beliau ini wajar kita contohi agar dan memotivasikan diri yang tiada apa yang mustahil jika kita berusaha dengan strategi yang betul.